RSS

Chicken Chop Versi Mek ros.


Bahan2:
1) ayam yg diperap 4 ketul ayam (bahagian isi yg telah dibuang tulangnya (ada jual di pasaraya) 2) 2 ulas bawang merah - kisar
3) 3 ulas bawang putih - kisar
4) 2 inci halia - kisar
5) 1 s/k lada hitam - tumbuk halus
6) 2 s/b sos black pepper.
7) garam sket je
8) tepung jagong secukupnya minyak utk menggoreng
9) telor- ambik telor putih je,
Cara Membuat: Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos black pepper & garam. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi dan terus celupkan dalam telor putih dan gulingkan dalam tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.
sosnya pulak:
Bahan2
1) Black Pepper Sauce (ada jual dipasar raya)
2) 5 ulas bawang putih - cincang halus
3) 2 s/b tepung jagung - bancuh dlm 2 cawan air
4) 1 kiub ayam garam & perasa minyak utk menumis .
Cara2 nya:
Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan sos tiram dan kiub ayam. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat.
Rasakan apa2 yg kurang bolehlah ditambah garam/ perasa. Kepekatan kuah bergantung pada anda.. kalau suka pekat.. biarkan hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.
Bahan2 Untuk Coselow Kobis - disagat Carrot - disagat Mayonese secukupnya sedikit kismis. Cara2 Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit kismis, Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang. Bahan2 tambahan lain kentang goreng - digoreng garing, salad, tomato dan timun.red bean dalam tin pun boleh letakkan.
Resipi ni di modified dan di cuba buat beberapa kali dan anak saya mengemarinya. betulkan tasha,im dan zal? sedap...selamat mencuba.. makcik kinah dan makcik Anah..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUDING RAJA

Bahan-bahan
- Jala mas
-Buah prune tanpa biji
-Biji gajus
- Buah ceri
- Pisang
cara buat jala mas
- TELUR ITIK DIAMBIL MERAH NYE SAHAJA .DI TAPIS UNTUK MENGELAK KAN KETULAN TELUR.DAN GUNA KAN DAUN PISANG UNTUK MEMBUAT SEPERTI ROTI JALA.AYAK KAN DIATAS AIR GULA YG DI PANASKAN ATAS API.GULA SEBANYAK 1/2 KG.AIR NYE MENJADI PEKAT.MASAK KAN HINGGA HABIS.
Untuk kuah puding
- 400 ml susu cair
- 200 ml air
- 2 biji telur kuning
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah
kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan
kemudian sejukkan
4.Cara menghidang:Susun pisang goreng di dlaam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala
mas, buah prune, buah ceri dan gajus.AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.
NI... MASIH PANAS LAGI... SIMPAN DALAM PETI AIS MAKAN SEJUK PUN BEST...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOLOK LADA KELATE


Bahan-bahan
12 biji lada besar hijau (dibelah dan dibuang bijinya)
1 biji kelapa (separuh utk santan & separuh utk inti)
3 ekor ikan kembung/selayang
8 ulas bawang merah2 ulas bawang putihsedikit halia garam secukup
rasagula secukup rasa

Cara Membuatnya :
ikan dicincang halus dan dicampur dengan separuh kelapa tadi dan tumbuk bersama.
kemudian campurkan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk supaya sebati.Masukkkan garam dan gula secukup rasa.
Apabila semuanya sebati, isikannya ke dalam lada yang telah dibelah tadi.
Apabila siap, masukkan dalam periuk bersama dengan sedikit santan.
Biarkan ia kering dan kemudiannya bolehlah angkat untuk dihidangkan.
(solok lada ini sesuai dimakan dengan nasi kerabu)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS