RSS

BUTTER PRAWN



Butter Prawn


Bahan-Bahan:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng

250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara:
1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
2. Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI TAHI I TIK



Bahan-Bahan

25 biji putih telur
400 gm gula
8 kuntum bunga cengkih
500 gm santan pekat
200 gm gandum
8 helai daun pandan
sedikit garam


Cara- Cara

1. Panaskan santan dahulu dalam kuali hingga naik minyak
2. Sementara menunggu santan pecah minyak, dengan menggunakan daun pandan gaul telur, gandum, garam dan telur puteh hingga hancur dan tidak berbuku .
3. Bila gula sudah hancur, telur dan gandum tidak berbuku, tapis adunan dengan menggunakan kain nipis
4. Kemudian tuang adunan telur ke dalam santan tadi.. kacau perlahan-lahan
5. Masukkan daun pandan yg disiat-siatkan dan bunga cengkih. Kacau perlahan dengan api yg sederhana hingga pekat dan berkilau.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Jemput makan Tahi Itek a.k.a kueh sarang semut :) nama aje jijik kueh ni tapi sodappp bila di makan tau[/b] :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESIPI JALA MAS

10 biji kuning telur ayam
5 biji kuning telur itek
1/2 kilo gula
1 kilo air
6 kuntum bunga cengkih
5 helai daun pandan
sedikit pewarna lemon yellow


Cara-Cara

1.Masakkan air dengan gula, bunga cengkih dan daun pandan dalam kuali besar, sehingga mendidih ( naik buih-buih halus - lihat gambar). Buangkan daun pandan dan bunga cengkih. Kecilkan api .
2.Dengan menggunakan tangan ramas telur hingga hancur.
3.Kemudian tapis dengan kain nipis
4.Campurkan sedikit lemon yellow, kacau hingga rata.
5.Masukan aduan ke dalam acuan .
6.Jurai keliling kuali dalam air gula tadi ( sama spt buat roti jala) lebih kurang 40X keliling.
7.Biarkan seketika (lebih kurang 20 saat) utk masak adunan telur dengan api sederhana.
8.Bila nampak masak, curahkan sedikit air utk mengangkatnya dgn cara kaut semua adunan telur tadi menggunakan lidi. Kemudian lipat. Siap utk dimakan.


Inilah rupa jala mas .. kuih kegemaran terutama masa bulan puasa ...
Jala Mas yang dijual kat pasaran ia adalah manis utk membuatnya tahan lama. Tetapi kalau kita buat sendiri, kita boleh kurangkan manis dgn menGurangkan gula dan melebihkan air. kUIH ni hanya jadi guna pakai telor itik je.. pakai telor ayam putus2 nanti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEK KUKUS MASAM MANIS

bahan-BAHAN:
8 biji telur
1 cawan butter
2 cawan biskut cream cracker ..dimesin halus
3/4 tin susu pekat
1 s/t esen vanilla
asam flake

Cara:
1.Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Pukul butter dan susu sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan kuning telur satu persatu.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan tepung dan gaul rata.
6. Masukkan putih telur dan gaul rata.
7. Tuangkan 1 cawan adunan dan kukus sehingga masak.
8. Lapiskan asam flake dan tuangkan lagi adunan.
9. Kukuskan lagi.
10. Ulangkan adunan begini sehingga habis.

SELAMAT MENCUBA.. PASTI JADINYA...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Kerabu..titipan hajjah Saudah.

Ni nasi kerabu yang selalu bonda aku buat. Bagi aku masakkan ibu memang best..
ianya sesuai lah untuk... (hidangan utk 5 orang)
1- episod sambal kelapa dan sambal ikan:
(a) kelapa ½ biji Kelapa parut (digoreng tanpa minyak sampai wangi/kekuningan)- Tumbuk atau kisar kering. Selepas tu di letak bawang besar yang di mayang halus.
(b) 6 ekor Ikan selayang/kembong sederhana besar (direbus dan dibuangtulang - dihancurkan/ditumbuk)
(c) 6 biji Bawang merah (dikisar)3 biji Bawang putih (dikisar)1 biji Bawang besar (dikisar)2 batang Serai (dikisar)Sedikit lada hitam (ditumbuk)Garam, gula, aji no-moto } secukup rasa di campurkan kedalam ikan yang ditumbuk tadi.
2-Episod sos tumis:
(a) 5 ulas bawang merah.(dikisar + cili kering)
(b) Cili kering.(dikisar + cili kering)
(c) 3 batang serai.(diketok)
(d) 1 cawan santan.
# bahan diatas dimasak bersama sehingga pecah minyak. Jangan lupa letak garam dan gula keret (nissan)
3-episod budu;
(a) Budu 1 botol (atau secukupnya)
(b) 2 biji bawang merah di potong bulat-bulat
(c) 6 biji cili padi dipotong halus-halus.
(d) 1 biji asam limau di perah airnya.
4-episod sambal cili
a) Sambal cili10 biji Cili padi (dikisar)Cuka, gula dan garam secukupnya
Caranya: - cili padi yg telah dikisar tadi ditoskan airnya- kemudian campurkan dengan sedikit cuka dan bahan perasa secukupnya.
5-episod ulam
(a) Ulam-ulam (dihiris halus) : - Kacang panjang- Kobis - Taugeh- Serai - Bunga gantang- Pucuk serai kayu ( kat kelantan banyak pucuk nie.....baunya wangi!! best wooo...........)
- Pucuk gajus- Daun kesum- dan apa2 ulam atau pucuk daun yg di anggap sesuai.....kalau tak
sesyuai tak yah lerrr.......
episod nasi
( ha.ha. nasi ni masak biasa lah untuk warna kelabu tu boleh lah bubuh pewarna. kat kelantan ada jual. Kalau tak de nasi putih pun boleh..
Akhir sekali:Hidang bahan (1), (2), (3) ,(4) dan (5) bersama-sama dengan nasi. Kalau nak best lagi tambah ler ngan telur masin, ikan rebus goreng ngan tepung, keropok ikan, daging bakar, ayam goreng dan lain-lain lagi. Nasi kerabu gak biasa nyer di makan ngan solok lada (sila lihat resepi)......emm....yamm...yamm...yamm.....
Note:Nasi yg color biru tu sebab diletakkan pewarna. Makan ngan nasi putih pun sama gak....Selamat mencuba!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS