RSS

Nasi Kerabu..titipan hajjah Saudah.

Ni nasi kerabu yang selalu bonda aku buat. Bagi aku masakkan ibu memang best..
ianya sesuai lah untuk... (hidangan utk 5 orang)
1- episod sambal kelapa dan sambal ikan:
(a) kelapa ½ biji Kelapa parut (digoreng tanpa minyak sampai wangi/kekuningan)- Tumbuk atau kisar kering. Selepas tu di letak bawang besar yang di mayang halus.
(b) 6 ekor Ikan selayang/kembong sederhana besar (direbus dan dibuangtulang - dihancurkan/ditumbuk)
(c) 6 biji Bawang merah (dikisar)3 biji Bawang putih (dikisar)1 biji Bawang besar (dikisar)2 batang Serai (dikisar)Sedikit lada hitam (ditumbuk)Garam, gula, aji no-moto } secukup rasa di campurkan kedalam ikan yang ditumbuk tadi.
2-Episod sos tumis:
(a) 5 ulas bawang merah.(dikisar + cili kering)
(b) Cili kering.(dikisar + cili kering)
(c) 3 batang serai.(diketok)
(d) 1 cawan santan.
# bahan diatas dimasak bersama sehingga pecah minyak. Jangan lupa letak garam dan gula keret (nissan)
3-episod budu;
(a) Budu 1 botol (atau secukupnya)
(b) 2 biji bawang merah di potong bulat-bulat
(c) 6 biji cili padi dipotong halus-halus.
(d) 1 biji asam limau di perah airnya.
4-episod sambal cili
a) Sambal cili10 biji Cili padi (dikisar)Cuka, gula dan garam secukupnya
Caranya: - cili padi yg telah dikisar tadi ditoskan airnya- kemudian campurkan dengan sedikit cuka dan bahan perasa secukupnya.
5-episod ulam
(a) Ulam-ulam (dihiris halus) : - Kacang panjang- Kobis - Taugeh- Serai - Bunga gantang- Pucuk serai kayu ( kat kelantan banyak pucuk nie.....baunya wangi!! best wooo...........)
- Pucuk gajus- Daun kesum- dan apa2 ulam atau pucuk daun yg di anggap sesuai.....kalau tak
sesyuai tak yah lerrr.......
episod nasi
( ha.ha. nasi ni masak biasa lah untuk warna kelabu tu boleh lah bubuh pewarna. kat kelantan ada jual. Kalau tak de nasi putih pun boleh..
Akhir sekali:Hidang bahan (1), (2), (3) ,(4) dan (5) bersama-sama dengan nasi. Kalau nak best lagi tambah ler ngan telur masin, ikan rebus goreng ngan tepung, keropok ikan, daging bakar, ayam goreng dan lain-lain lagi. Nasi kerabu gak biasa nyer di makan ngan solok lada (sila lihat resepi)......emm....yamm...yamm...yamm.....
Note:Nasi yg color biru tu sebab diletakkan pewarna. Makan ngan nasi putih pun sama gak....Selamat mencuba!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment